Thursday, 25 August 2016

cheese


KALAU disebut sahaja tentang keju, pasti ramai yang teringatkan iklan popular makanan itu yang pernah disiarkan di kaca televisyen suatu masa dulu. Antara dialog popular iklan itu tentunya, “Satu hari seorang pengembara membawa susu merentasi padang pasir. Dalam perjalanannya, dia mendapati susu itu telah bertukar menjadi keju.”
Walaupun iklan tersebut hanya mengambil masa beberapa minit waktu siaran di kaca TV, namun yang pasti ia meninggalkan kesan besar kepada kebanyakan penonton terutamanya kanak-kanak.
Ia bukan sahaja menunjukkan kepada kita bagaimana keju dihasilkan, tetapi mesej iaitu keju berasal daripada susu yang cukup jelas memberitahu betapa makanan pejal itu adalah santapan cukup berkhasiat.
Berasal daripada susu menjadikan keju sumber penting membekalkan karbohidrat, kalsium, protein, lemak, vitamin dan mineral. Walaupun selalunya bagi mereka yang berdiet, keju menjadi menu yang perlu dijauhi, namun dengan segala khasiat yang disediakan keju, pakar pemakanan mengakui keju boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
Pakar Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu, golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju.
Sebagai contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 36 peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan gizi yang dicadangkan untuk sehari.
“Keju adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju.
“Keju membantu ibu bapa membekalkan khasiat yang terkandung dalam susu untuk anak-anak mereka,” kata Lellment.
Namun, katanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat yang disediakan keju sebenarnya jauh lebih tinggi daripada susu. Kandungan protein misal, 100 gram keju rata-rata mengandung 22.8 gram protein, sedangkan susu segar hanya 3.2 per 100 gram. Begitu juga dengan kandungan kalsium, keju mengandungi 777 miligram (mg) tetapi susu segar hanya sekitar 143 mg setiap 100 gram berat bahan


cheese


   
keju juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan seperti roti,biskut,daging,dan lain-lain. Mengikut cite rasa anda. Disini saya akan menunjuk kan cara yang sedap untuk kita makan keju dan resepi


                                     Ini namanya roti telur cheese sedap ken....
makanan ini boleh dimakan pada waktu kita breakfest kebiasaan nya kanak-kanak amat menyukai nya .Jadi disini saya na tunjuk macam mana nak buat .....


ROTI CHEESE TELUR

Bahan-bahan (3-4 orang)

6 keping roti (saya guna Gardenia)
2 biji telur gred C
3 keping cheese (slices cheese)
2 keping meatloaf Ayamas (kalau suka)
secubit garam
minyak untuk menggoreng


Cara Menyediakan

Pukul telur di dalam mangkuk dan masukkan secubit garam (guna tangan je).




Potong roti kepada 2 bahagian.





Potong keju juga kepada 2 bahagian.



Letakkan keju di tengah-tengah roti dan apitkan keju tersebut. Jadi 2 keping roti=1 keping cheese. Anda akan dapat 6 keping sandwich.





Jika letak meatloaf (goreng dengan sedikit miyak dahulu meatloaf), potong meatloaf kepada 3 bahagian. Letak meatloaf atas cheese sebelum diapitkan dengan roti.




Panaskan minyak. Celup roti sandwich (yang dah diletak cheese & meatloaf) ke dalam adunan telur (celup kejap je).





Goreng sehingga berwarna perang, terbalikkan. Angkat dan toskan.





Sesuai dimakan panas-panas.





hmmmm nampak sdap ken.....